- Agungkan ALLAH dengan berzikir kepada-NYA.
- Agungkan dengan menyebut nama Rasulullah s.a.w dengan berselawat dan mengucapkan salam ke atasnya.
- Berbuat baiklah dengan akhlak terpuji, kerana sebaik-baik manusia itu ialah yang baik akhlaknya.
- Hendaklah kita sentiasa bersikap lembut dan ada sikap kesabaran yang tinggi nilainya serta elakkan dari sifat keras kepala tidak menentu dan tergopoh-gapah dalam bertindak.
- Jadikan diri kita seorang yang bermanis muka, lembut dalam percakapan serta elakkan dari bermasam muka.
- Ucapkan salam kepada semua orang apabila bertemu, samada yang dikenali atau tidak dikenali.
- Bersalamanlah sesama kaum ( lelaki dengan lelaki, perempuan sesama perempuan), bagi mengharapkan keampunan dari ALLAH...
- Janganlah berkelahi dengan seseorang melainkan apa yang dibenarkan oleh syarak dan elakkan dari suka bertekak dan berbalah.
- Elakkan dari suka mengutuk orang lain termasuk haiwan atau benda lain.
- Jika ada orang memohon kemaafan dari kita, terimalah permohonannya, malah kita sentiasa bersedia untuk itu sebelum orang lain memohon kemaafan dari kita.
- Jadilah orang yang sentiasa merendah diri dan elakkan dari sombong dan bangga diri.
- Jadilah orang yang sentiasa bercakap benar, Janganlah berdusta, kerana dusta itu adalah salah satu dari dosa-dosa besar.
- Tunaikanlah dan tepatilah janji-janji anda, jangan sesekali memungkiri apatah lagi mengkhianatinya...
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 comments:
Post a Comment