SEBAGAI PERINGATAN BERSAMA : TIGA KEMULIAAN MENGINGATI MATI

Wednesday 23 March 2011

INTIPATI :
  • Untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang dikerjakan ketika hidup di dunia ini. Ada sesetengah manusia yang melakukan sesuatu amalan hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
  • Untuk membuktikan bahawa ALLAH, Maha Berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa, bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.
  • Untuk menyedarkan manusia daripada terus lalai dan lupakan ALLAH serta kedatangan hari kiamat kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
  • Untuk menggalakkan manusia supaya sentiasa berbuat amal kebajikan dan menjauhi segala kejahatan.
  • Untuk menyedarkan manusia bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara, sedangkan kehidupan di akhirat adalah yang lebih baik dan kekal abadi.


ALLAH berfirman bermaksud "(ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah al-Mulk : ayat 2).
        ALLAH memulakan ayat ini dengan menyebut perkataan 'mati' terlebih dahulu sebelum menyebut perkataan 'hidup'. Apabila seseorang itu sentiasa mengingati mati, maka dia akan lebih tenang menghadapi segala ujian ALLAH. Ujian itu hanya proses untuk mendapat kejayaan daripada ALLAH.
        Kematian adalah suatu perkara yang tidak dapat dihindari dengan apa cara sekalipun. Mati adalah perpisahan nyawa daripada jasad seseorang, yang menjadikannya musnah dan hancur dimakan ulat dan tanah.
        Kematian bukanlah suatu kesudahan daripada segala-galanya. Sebenarnya ia adalah proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh (kubur) dan suatu kehidupan manusia dalam bentuk yang lain.
        Mengingati saat kematian akan menenangkan manusia dan mengungatkan kita bahawa setiap yang hidup akan kembali kepada ALLAH. Segala detik hidup yang sedang dilalui ini adalah bersifat sementara. Proses kehidupan ini amat singkat sebelum berpindah ke alam lain.
        Islam menganjurkan manusia supaya sentiasa mengingati mati dan mempelajari pula hakikat mati itu supaya kita dapat menempuh mati dengan penuh pengertian dan kesedaran.
        Hakikatnya kematian memisahkan manusia daripada segala yang dikasihi dan dimiliki seperti anak-anak, harta benda  dan kemewahan hidup. Bekalan yang dapat dibawa amal soleh yang dikerjakan ketika hidup di dunia ini. Sungguh rugi jika tidak melakukan amal ibadat ketika hidup di dunia ini.
        ketahuilah ALLAH akan mengazabkan sesiapa yang lalai mengerjakan perintah-NYA. ALLAH berfirman bermaksud : "Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. KAMI akan menguji  kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada KAMI." (Surah al-Anbiya' : ayat 35).


        Mengingati mati banyak hikmahnya.Anataranya ;
  • Dapat mencegah seseorang daripada melakukan maksiat.
  • Mampu melembutkan hati yang keras.
  • Seseorang itu akan merasakan kesempitan hidup. Saat-saat kematian jarang sekali diingat seseorang yang sedang mengalami kesenangan dalam hidupnya, melainkan dia dia akan merasakan kesepitan hidup.

       sesiapa yang banyak mengenang perihal kematian akan diberi tiga sifat kemuliaan ;

  1. Sentiasa bersegera melakukan taubat.
  2. Tidak tamak terhadap keduniaan.
  3. Akan memiliki kesungguhan dan motivasi untuk beribadat.

       Sebaliknya, bagi sesiapa yang mengabaikan perihal kematian, dia akan menerima tiga sifat kehinaan ;

  1. Sentiasa menangguhkan taubat.
  2. Tidak memiliki sifat redha.
  3. Malas melakukan amal ibadat.
       Sebelum ajal tiba, kadang kala seseorang itu ditimpa sakit atu kemalangan sebagai sebab musababnya. Perkara ini sengaja ditetapkan ALLAH sebagai peringatan. Demikian juga ALLAH mahu menguji hamba-NYA sama ada mereka melengkapkan diri dengan dengan bekalan taqwa dan iman atau masih leka dan lalai...

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment