Satu Cerita... Seribu Makna... "Di antara 2 Tangisan'

Thursday 10 March 2011

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka...
Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan.

Namun...

Setitis air mata kerana takut kepada ALLAH s.w.t persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata DEMI ALLAH dan RASUL-NYA, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan...

Pencipta dunia menangis kerana dunia yang hilang...
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang...

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil... Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan pemuja dunia...

Tangis adalah basahan hidup,
justeru... hidup dimulakan dengan tangisan,
dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis...

Manusia sentiasa dalam 2 tangisan... Sabda Rasulullah s.a.w : "ada 2 titisan yang ALLAH cintai, pertama : titisan darah para syuhada, kedua : titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH s.w.t".

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi : "tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali".

Oleh kerana itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.

seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak dia akan bertakhta.

nabi s.a.w bersabda : "kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan...
Ketawa seorang ulama' dunia hilang ilmu, hilang wibawanya...
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya...

Nabi s.a.w bersabda : " Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa ".

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya...
Kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan...

Lupakah kita?

nabi s.a.w pernah bersabda :" siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis...".

kita gembira apa yang kita idamkan tercapai... Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai... Nikmat disambut ria... Kedukaan mejemput duka...

Bukankah Nabi s.a.w pernah bersabda : " neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala ".

Namun...
 ALLAH s.w.t telah berfirman :" boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia mat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya." - Al-Baqarah 216.

Menagislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari, Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau dihizab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi tuhan...

Kenangilah... Sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu...".

Menangislah sebagaimana  Ummu Sulaim apabila ditanya : kenapa engkau menangis ?
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dikirimkan ke medan perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata, " sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu".

Ibnu Mas'ud ra berkata : " seorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara. khususnya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan pemarah...

Tanyakanlah kepada orang-orang soleh, mengapa dia tidak berhibur? "bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH...".

Menangislah di sini... Sebelum menangis di sana....

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment